Polisi
Mighty Legacy CRM ialah produk digital. Sebaik bayaran disahkan, akses penuh kepada sistem diberikan serta-merta dan tidak boleh ditarik balik. Oleh itu bayaran yang telah dibuat tidak dikembalikan, termasuk bagi bulan yang belum habis digunakan.
Pembatalan
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa, tanpa notis dan tanpa penalti. Tiada kontrak tempoh minimum dan tiada caj pembatalan.
Apabila anda berhenti, akses kekal sehingga tarikh tamat bulan yang telah dibayar. Selepas tarikh tersebut akaun ditutup dan tiada caj selanjutnya dikenakan.
Untuk berhenti, emel admin@mllgcrm.com atau WhatsApp +60 11-3610 3598.
Pengecualian
Kami akan mengembalikan bayaran sepenuhnya dalam keadaan berikut:
| Caj berganda | Anda dicaj lebih daripada sekali untuk tempoh langganan yang sama. |
|---|---|
| Bayaran berjaya tetapi akses tidak diberikan | Kami gagal mengaktifkan akaun anda dalam 3 hari bekerja selepas bayaran disahkan. |
| Caj selepas pembatalan | Anda dicaj bagi tempoh selepas permintaan pembatalan diterima. |
Permintaan bagi keadaan di atas hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh caj.
Cara memohon
Emel admin@mllgcrm.com dengan nombor rujukan bayaran, emel akaun, dan sebab permohonan. Kami membalas dalam 1 hari bekerja. Bayaran balik yang diluluskan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal dalam 7 hingga 14 hari bekerja, bergantung kepada bank anda.
Data anda
Sama ada anda berhenti melanggan atau meminta bayaran balik, data anda tidak dipadam secara automatik. Ia kekal tersimpan dan boleh diakses semula apabila langganan disambung. Jika anda mahu data dipadam sepenuhnya, hantar permintaan bertulis ke admin@mllgcrm.com.