Cara perkhidmatan disampaikan
Selepas bayaran disahkan, akaun anda diaktifkan dan anda boleh terus log masuk ke sistem melalui pelayar web di https://mllgcrm.com. Tiada aplikasi perlu dipasang dan tiada bungkusan dihantar.
Tempoh pengaktifan
| Bayaran atas talian (gateway) | Serta-merta, dalam masa 5 minit |
|---|---|
| Pindahan bank manual | Dalam 1 hari bekerja selepas resit diterima |
| Pembaharuan langganan | Serta-merta, akses disambung tanpa putus |
Perkhidmatan ini disampaikan atas talian sepenuhnya. Tempoh di atas terpakai sama rata untuk pelanggan di dalam dan di luar Malaysia - tiada penghantaran antarabangsa, tiada kos kurier, dan tiada perbezaan masa mengikut lokasi.
Soalan lazim
Saya dah bayar tetapi masih tak boleh log masuk.
Log keluar dan log masuk semula dahulu. Jika masih tidak boleh, emel admin@mllgcrm.com dengan nombor rujukan bayaran dan emel akaun anda. Kami semak dan aktifkan dalam 1 hari bekerja.
Berapa lama akses saya kekal?
Sehingga tarikh tamat langganan yang dibayar. Tarikh tersebut dipaparkan dalam akaun anda. Jika tidak diperbaharui, akses ditutup pada tarikh itu - tetapi data anda tidak dipadam dan kembali sepenuhnya apabila langganan disambung.
Boleh guna di luar Malaysia?
Boleh. Sistem ini berasaskan web dan boleh dicapai dari mana-mana negara. Sesetengah ciri WhatsApp memerlukan nombor telefon Malaysia.
Saya tak terima emel pengesahan.
Semak folder spam dahulu. Jika masih tiada selepas 1 hari bekerja, hubungi kami di admin@mllgcrm.com atau WhatsApp +60 11-3610 3598.